Dilema

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

“Macam ni, Mad. Apa kata kita belajar betul-betul. Penuhkan ilmu di dada. Kita gain pengalaman dengan semua orang, kita pandaikan diri kita, lepas tu kita pandaikan masyarakat. Kit berjihad dengan ilmu.

Dalam erti kata lain, kita mantapkan diri kita untuk jadi aset kepada ummah. Dengan ilmu, kita boleh kembalikan kesejahteraan Islam dia muka bumi. Bukan hanya omong kosong. Dengan ilmu, kita peroleh kuasa. Dengan kuasa, kita boleh mengubah. Lepas tu, kita boleh tolong mana-mana negara yang ditindas sekali pun bukan negara Islam. Sebab kehadiran Islam itu merupakan kesejahteraan untuk seluruh alam.

Melalui cara ini, orang akan nampak cantiknya Islam. Allah suruh kita berjuamg dengan cara tersusun. So, inilah cara kita Mad, kita tak boleh berjihad semberono. Allah dah letak kita dalam satu posisi menuntut ilmu. Adalah satu keselahan kalau kita berhenti belajar. Ia ibarat kita tinggalkan posisi kita di medan perang”

-Teme Abdullah, Arkitek Jalanan.

Aku tersentak. Kena sangat apa yang Teme cakap dengan situasi aku sekarang. Awal tahun dulu, aku cukup mempersoalkan kenapa aku pilih jalan ni— jalan yang aku perlu lalui sekarang. Aku fikir, jalan ni akan memberi manfaat pada ummah ke? Dengan aku ajar bahasa ni, dapat memberi impak pada Islam kah?

Sedikit demi sedikit, Allah sedarkan aku. Kalaupun aku tak suka bidang yang aku ambil sekarang ni pun, aku perlu habiskan. Aku belajar sekarang atas titik peluh ramai orang. Aku MESTI habiskan pengajian dengan cemerlang. Ni tanggungjawab aku pada rakyat.

Siapa kata bidang yang aku ambil ni takkan memberi manfaat pada ummah? Tu semua alasan aku sendiri je untuk taknak belajar. Cuba bayangkan, ramai lagi rakyat Malaysia yang boleh berbahasa apa yang aku belajar sekarang ni. Lepas tu, sebarkan Islam dekat Eropah sana— ya Allah, indahnya. 

Bukan pergi berperang sahaja suatu jihad, menuntut ilmu pun, JIHAD. Jihad melawan nafsu malas, nafsu taknak belajar, ego, jihad untuk belajar jadi manusia yang lebih baik.

InshaAllah.
Moga aku habis belajar dan jadi seoramg cikgu yang memberi manfaat.

Kami #TeamTeme

Bismillah.

Semalam, 28 April 2018.
One of the days I will treasure, for sure ❤️

Jam 8 pagi, aku dah bertolak dari rumah dengan Alia Husna. Kemanakah destinasi kami? Jeng jeng jeng.

PWTC!!

Yaaa, to pbakl we go!! 😊

Aku sebenarnya adalah seorang yg sangatlah tak suka nak pergi tempat yg ramai crowds ni. Macam, ya Allah, sesaknyaaaaa. Stressnyaaa!! Tapi believe it or not, semalam, aku tak rasa pun aku penat. Aku rasa semua tu berbaloi :') Walaupun dekat 2 jam beratur menunggu. Wallahi, berbaloi!

Tujuan utama aku pergi pbakl semalam adalah sebab nak jumpa antara salah seorang idol aku, penulis buku siri Jalanan; Pelukis Jalanan, Arikitek Jalanan dan yang baru keluar---- Mimpi Jalanan, Teme Abdullah ✨

Kalau bukan sebab teme (dan juga sebab sahabat-sahabat SUPERB dari pahang turun KL), tak kuaserr aku nak redah pbakl pada hari sabtu 😂 Sungguh, tak buat dah rasanya lepasni hahaha.

Jd semalam around pukul 11 aku sampai pwtc, minta tolong ayunie pick-upkam buku aku kat kaunter Iman Publication, sebab alang2 dia pun nak ambil buku dia kan. Sampai je aku kat kaunter tu, ayunie kata ramai gila manusia beratur nak jumpa Teme. Kau bayangkanlah, satu floor level 5 tu, 360 darjah berpusing beratur nak jumpa dia!! Aku sumpah tk sangka sebenarnya ramai mcmni. Sbb kitorang dtg awal kot. Pukul 11. Lewat sejam je dari waktu pembukaan :')

Waktu ayunie dengan syaq cakap camtu, aku mcm hampa jugaklah. Sebab aku rasa kalau nak beratur pun macam tak sempat, sebab mama suruh balik paling lewat pukul 2. So, aku pun tak naiklah level 5 tu. Aku teruskan berjalan dengan Ayunie, Syaq and Hajar kat level 4 tu. Lepastu turun pulak level 1. Ha banyak kali jugaklah naik turun 😂

Around pukul 12 macamtu, dah penat so kitorang lepak kat luar level 4 tu. Then, tetiba Alia Husna cakap, nujma (junior SUPERB) dah masuk hall nak jumpa teme. Nujma call tanya nak join takkk. Tapi masalahnya wktu kitorang call back tu dia dah mmg lagi 10min je nak jumpa. So mmg tak sempatlah.

Disebabkan aku ni nak sangat tengok teme (tengok pun jadilah, even dia pakai mask, that wasn't matter, aku nak tengok semangat dia je :') ), so aku ajak Ayunie naik level 5. Suprisingly, waktu tu tak ramai orang!!! Ya Allah, ni rezeki ke apa :')) Aku tak berniat pun nak beratur sebab dah nak pukul 2 waktu tu. Kang mama marah pula. So aku jengket2 kat depan hall tu nak tengok teme #usahatuyangpenting, tetiba kan, aku macam dah termasuk dalam barisan tu 😂 Sebab waktu tu staff Iman tengah susun barisan. Sebab dah sesak sangat, takleh keluar, stay jelah kat situ

So dalam setengah jam tu, dapat dah masuk hall, alhamdulillah. Tapiiii!!!! Wktu tu dah pukul 1, teme ada break. And staff Iman cakap Teme will be back at 2. Aku mcm dah patah semangat waktu tu, sebab.... MANA SEMPATTTT!! Tapi masalahnya aku dah nak duduk dah :') Sayanglah kalau aku keluar. So, i take the risk. Aku terus je sabar menunggu.

Sampailah pukul 2, Teme kembali ke hall, haha. So wktu tu aku dah dapat duduk. Mknanya lagi sikit jelah nak jumpa teme!! Yeayyyy!!

Oh lupa nak bgtau, waktu Teme break tu, aku sempat pergi booth Iman Publication kejap, nak grab sale 3 for RM60, So aku amik buku Teme; Arkitek Jalanan, and keduanya lagi buku penulis fav aku jugak, Budak Tomato; Hiatus dan Partnernya (mungkin), Raudhatul Hifza: Detour. Alhamdulillah, I was soooo happy! ❤️ Tak sampai 10min pum beratur. Sebab sebelum tu adalah dalam 4 kali aku pergi booth Iman tapi penuh gila orang 😢 Kau bayangkanlah, kat booth tu, tkde ruang langsung nak pergi amik buku kat rak dia. Semua penuh orang beratur je!! Pergh, ni semua penangan teme dan juga penulis Iman yang lain. Laku keras!!!

Ok, back to the topic.

Hasil dan berkat bersabar selama hampir 2 jam (atau mungkin 3?), then finallyyyy it's my turnnn!!!

Waktu beratur nak greet teme atas pentas tu, fuh sumpah sejuk tangan aku dengan hajar. Berdebar habis! Hahahaha. Aku sempat kirimkan salam kawan-kawan aku yang juga #TeamTeme kat Teme. Nasib baik tak terlupa 😂 Yelah dah berdebar semua benda lupa hahahahaha. Even it was only like 10 seconds, aku masih rasa semuanya berbaloi. Memori terindah untuk aku, Ayunie, Syaq dan Hajar. Btw, Teme sempat lagi cakap Selamat Hari Raya 😂 Menyempat je teme ni kan!! Hahaha.

Alhamdulillah, aku sumpah terharu tengok semangat teme nak jumpa semua pembaca dia. Signing books and meeting almost 3, 000 people, I'm sure Teme is reallyyyy tireddd. Wktu dapat jumpa Teme tu, hilang semua rasa penat :'), serious.

Teme dapat pergi sejauh ni aku percaya adalah asbab hasil usaha dia yang tak pernah kenal erti putus asa. Berapa kali manuskrip dia kena reject. He keep trying. Sampailah dapat pergi sejauh ni; 4 buku nukilan Teme, banyak kali dah masuk Tv, followers seramai lebih kurang 132k di social media. Tengok, semua benda ada hikmah kan? Banyak yang aku belajar dari hasil penulisan Teme. Kalau kita putus asa, kita takkan pernah sampai ke destinasi kita. Angan-angan akan kekal jadi angan-angan. Kita kena terus berjalan, biar impian kita jadi kenyataan. :)

Belum cerita lagi kisah A-Level dia dan macam mana dia boleh survive kat London! Ha, kalau nak tahu kena lah dapatkan buku Teme!! Hehe. (Takpe, kalau korang nak after buku aku inform je k 😂 Teme tak kasi beli buku dia kalau tkde duit hehe)

Juga, aku percaya kejayaan Teme adalah asbab personality dan attitude dia sendiri. Kalau tak percaya, korang follow lah twitter ngan Intagram @itsteme sendiri. Korang akan nampak, betapa Teme appreciate semua pembaca dia, betapa Teme seorang yang sangat sopan. Ah tk pyh tgok ig dgn twttr pun, tengok usaha dia nak gembirakan peminat dia dgn datang pbakl pun dah cukup. Sanggup fly dari London semata2 untuk pbakl. Ya Allah. Moga Allah merahmati Teme :') Doa kami selalu.

After all the struggles, I know he deserves it ❤️✨

Aku baru nampak betapa hebatnya Teme dan pembaca-pembaca dia lepas kejadian semalam:

1. Kawan2 aku terambil buku orang lain waktu tengah solat kat surau, sebab dia letak buku tu area beg kawan2 aku, so after Teme retweeted the tweet yang kawan aku post pasal buku tu, less than 2 hours, dah jumpa pemilik buku tu. Alhamdulillah!!

2. Waktu beratur semalam, takde pun orang bertolak2 or even bising. Serious weh, macam masuk library senyap dia bila masuk hall. Aku kagum dengan semua orang! Syabas Iman Publication dan juga semua pembaca Teme Abdullah sebab menjadikan event semalam berjalan dengan lancar ❤️, sememangnya dengan izin Allah juga. Bukti daripada hasil semua orang dengar cakap, waktu turn aku pukul 2 tu, dah dekat 3k orang yg dah jumpa teme!! Ha, hebat ke tak hebat?

Alhamdulillah, summal hamdulillah.

Thank you teme. Teme bukan je dah menginspirasikan ramaii orang dengan buku-buku Teme. Tapi teme jugak dah mentamadunkan ramai juga orang, dengan izin Allah. Moga Malaysia melahirkan lebih ramai manusia macam ni. Untuk umat, bangsa dan negara kita yang mendatang ❤️✨

P/s: Aku balik pukul 6 semalam, so for sure kena marah dengan mama. Tapi lepas aku explain kat mama siapa Teme dan dia baca buku Teme, dia marah pulak aku kenapa aku beli Arikitek Jalanan je, tak beli Pelukis Jalanan 😹

With love,
EO.

Where to go?

Bismillah.

Jadi, macam yang aku janjikan di entry yang lepas. Kali ni aku nak cerita pasal cat-acca kan?

Mesti ramai yang tertanya-tanya (ceh) apa tu cat-acca ni kan? Apa sebenarnya CAT-ACCA ni? Sejenis kucing ke?

Tidak, kawan-kawan.

Ia sebuah professional qualification dalam bidang accounting. Macam arkitek, doctor, pharmacist, semua ada profession body kan. So begitu jugaklah halnya untuk seorang accountant.

Sebenarnya, bukan ACCA sahaja professional body dalam bidang accounting ni, itu salah satu contoh sahaja. Ada banyak lagi, contohnya macam ICAEW, CIMA, MICPA.

Dalam bidang perakaunan ni, professional qualification ni memang dipandang tinggi la sebab, yelah, professional kan. Kenapa nak professional ni sebenarnya? Sebab untuk menyahut seruan kerajan yang nak ramaikan lagi Chartered Accountant kat negara kita ni. 

Pastu, CAT tu apa pulak?
Tu macam the shortest pathway utk pergi ACCA la. Kira foundation untuk ke ACCA. Ha begitu.
Ha habis sudah cerita pasal CAT-ACCA.

Sekarang ni sebenarnya aku tengah confuse, nak pilih college mana untuk aku ambil CAT bulan depan. Aku dah dapat 2 offer, KUPTM dan INTEC. Dan ada lagi satu yang dalam waiting list iaitu UITM. Kalau nak dibandingkan dari segi fees, UITM offers the cheapest one lah compared to KUPTM and INTEC. Kalau status pulak, INTEC dan UITM keduanya platinum.

Tapi itulah, kalau nak masuk UITM, aku takut tak dapat kang, melepas dua-dua INTEC dengan KUPTM. So, inshaAllah, aku decide nak masuk INTEC dulu untuk CAT. Kalau ada rezeki, inshaAllah sambung ACCA dekat UITM pulak.

Doakan semoga urusan aku untuk belajar dipermudahkan ya! Moga pilihan yang aku buat ni adalah pilihan yang terbaik, bukan saja untuk aku, malah untung agama, bangsa dan negara. Moga aku kuat untuk hadapi cabaran dalam belajar ni. Mama pesan;

Once awak dah decide and masuk belajar kat mana pun, there's no turning back. Awak kena habiskan juga macam mana pun. Mama percaya awak mampu.
InshaAllah, CA-to-be! :)

Love,
Extraordinary.
© what comes from the heart, goes to the heart
Maira Gall