Dilema

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

“Macam ni, Mad. Apa kata kita belajar betul-betul. Penuhkan ilmu di dada. Kita gain pengalaman dengan semua orang, kita pandaikan diri kita, lepas tu kita pandaikan masyarakat. Kit berjihad dengan ilmu.

Dalam erti kata lain, kita mantapkan diri kita untuk jadi aset kepada ummah. Dengan ilmu, kita boleh kembalikan kesejahteraan Islam dia muka bumi. Bukan hanya omong kosong. Dengan ilmu, kita peroleh kuasa. Dengan kuasa, kita boleh mengubah. Lepas tu, kita boleh tolong mana-mana negara yang ditindas sekali pun bukan negara Islam. Sebab kehadiran Islam itu merupakan kesejahteraan untuk seluruh alam.

Melalui cara ini, orang akan nampak cantiknya Islam. Allah suruh kita berjuamg dengan cara tersusun. So, inilah cara kita Mad, kita tak boleh berjihad semberono. Allah dah letak kita dalam satu posisi menuntut ilmu. Adalah satu keselahan kalau kita berhenti belajar. Ia ibarat kita tinggalkan posisi kita di medan perang”

-Teme Abdullah, Arkitek Jalanan.

Aku tersentak. Kena sangat apa yang Teme cakap dengan situasi aku sekarang. Awal tahun dulu, aku cukup mempersoalkan kenapa aku pilih jalan ni— jalan yang aku perlu lalui sekarang. Aku fikir, jalan ni akan memberi manfaat pada ummah ke? Dengan aku ajar bahasa ni, dapat memberi impak pada Islam kah?

Sedikit demi sedikit, Allah sedarkan aku. Kalaupun aku tak suka bidang yang aku ambil sekarang ni pun, aku perlu habiskan. Aku belajar sekarang atas titik peluh ramai orang. Aku MESTI habiskan pengajian dengan cemerlang. Ni tanggungjawab aku pada rakyat.

Siapa kata bidang yang aku ambil ni takkan memberi manfaat pada ummah? Tu semua alasan aku sendiri je untuk taknak belajar. Cuba bayangkan, ramai lagi rakyat Malaysia yang boleh berbahasa apa yang aku belajar sekarang ni. Lepas tu, sebarkan Islam dekat Eropah sana— ya Allah, indahnya. 

Bukan pergi berperang sahaja suatu jihad, menuntut ilmu pun, JIHAD. Jihad melawan nafsu malas, nafsu taknak belajar, ego, jihad untuk belajar jadi manusia yang lebih baik.

InshaAllah.
Moga aku habis belajar dan jadi seoramg cikgu yang memberi manfaat.

No comments

© what comes from the heart, goes to the heart
Maira Gall