Where to go?

Bismillah.

Jadi, macam yang aku janjikan di entry yang lepas. Kali ni aku nak cerita pasal cat-acca kan?

Mesti ramai yang tertanya-tanya (ceh) apa tu cat-acca ni kan? Apa sebenarnya CAT-ACCA ni? Sejenis kucing ke?

Tidak, kawan-kawan.

Ia sebuah professional qualification dalam bidang accounting. Macam arkitek, doctor, pharmacist, semua ada profession body kan. So begitu jugaklah halnya untuk seorang accountant.

Sebenarnya, bukan ACCA sahaja professional body dalam bidang accounting ni, itu salah satu contoh sahaja. Ada banyak lagi, contohnya macam ICAEW, CIMA, MICPA.

Dalam bidang perakaunan ni, professional qualification ni memang dipandang tinggi la sebab, yelah, professional kan. Kenapa nak professional ni sebenarnya? Sebab untuk menyahut seruan kerajan yang nak ramaikan lagi Chartered Accountant kat negara kita ni. 

Pastu, CAT tu apa pulak?
Tu macam the shortest pathway utk pergi ACCA la. Kira foundation untuk ke ACCA. Ha begitu.
Ha habis sudah cerita pasal CAT-ACCA.

Sekarang ni sebenarnya aku tengah confuse, nak pilih college mana untuk aku ambil CAT bulan depan. Aku dah dapat 2 offer, KUPTM dan INTEC. Dan ada lagi satu yang dalam waiting list iaitu UITM. Kalau nak dibandingkan dari segi fees, UITM offers the cheapest one lah compared to KUPTM and INTEC. Kalau status pulak, INTEC dan UITM keduanya platinum.

Tapi itulah, kalau nak masuk UITM, aku takut tak dapat kang, melepas dua-dua INTEC dengan KUPTM. So, inshaAllah, aku decide nak masuk INTEC dulu untuk CAT. Kalau ada rezeki, inshaAllah sambung ACCA dekat UITM pulak.

Doakan semoga urusan aku untuk belajar dipermudahkan ya! Moga pilihan yang aku buat ni adalah pilihan yang terbaik, bukan saja untuk aku, malah untung agama, bangsa dan negara. Moga aku kuat untuk hadapi cabaran dalam belajar ni. Mama pesan;

Once awak dah decide and masuk belajar kat mana pun, there's no turning back. Awak kena habiskan juga macam mana pun. Mama percaya awak mampu.
InshaAllah, CA-to-be! :)

Love,
Extraordinary.

No comments

© what comes from the heart, goes to the heart
Maira Gall