Vas happenin'?

Bismillah.

Lately ni, banyak sangat benda jadi, bukanlah benda sebenarnya. Lagu mana ya nak habaq? Takpe lah. Aku cerita je ya? 

Lepas result SPM keluar, aku buat rutin biasa lah seorang pelajar post-spm i.e apply for scholarships, upu dan kaji pasal aliran itu dan ini. Jadi bulan ni, boleh katakan bulan yang hectic jugalah dengan interviews. Setakat ni, dah 4 interview aku pergi, yakni peneraju (cat dan cfab), jpa-mara dan juga yang paling baru ukcg ipg!


Alhamdulillah, walaupun semuanya adalah first time aku di-interview since kat sekolah dulu takde mock interview, everything went well, i guess.

First interview aku dengan peneraju sebenarnya tak adalah ok sangat, sebab nervous kot. Tapi panel semuanya baik, siap kasi tips lagi untuk hadapi iv yang lain, dan jugak untuk aku ambil course tu!  InshaAllah kalau ada rezeki dapatlah, tapi kalau tak ada, ada yang lebih baik lah tu kan? Hm, pasal course cat-acca ni, nanti aku cerita di lain entry ya?

Jadi kita bergerak ke interview aku yg ketiga, iaitu jpamara. Aku sebenarnya terkejut dapat panggilan SAC (Student Assessment Centre) sebab aku tak habis isi online haritu. Biasalah, terlupa . Nasib aku baik, aku tergerak hati nak check message seminggu sebelum SAC dijalankan. So, aku pun check, dapat interview di Uniten. Aku cerita jelah ya macammana interview ni dijalankan, kot kotlah ada antara pembaca yang dapat offer yang sama dengan aku 

Mula-mula sampai, aku naik tingkat 2, dan serahkan semua dokumen berkaitan yang dia mintak dalam offer letter. Lepastu, dia bahagi kepada dua sesi, iaitu interview dengan ldk. Kedua-dua ni adalah dalam group ya. Interview tu dalam bm dan bi. Bergantung kepada panel nak guna bahasa apa. Kalau dorang tanya bm, jawablah dalam bm, begitu juga sebaliknya. Interview dia ok la bagi aku since aku dah pernah ada pengalaman interview sebelum tu kan. Cuma kena buat research pasal course yang kita minta dan dekat mana. Buat preparation sehabis baik ok?  Dia ada juga tanya pasal current issues. Nak tengok kita ni peka atau tak dengan keadaan semasa. Tips aku, just be yourself. Tujuan interview ni nak tengok kita layak ke tak dengan program yang dia nak offer tu. Kalau kita jadi fake haritu, macam mana kalau kita senanye tak boleh pursue pun course yang mereka offer tu, tapi sbb kita jadi fake, so kita dapat? Hm. Fikirkan lah 

Untuk LDK pulak, ada 3 task. Yang first, panel bagi 3 helai kertas, dan dorang suruh kita bina KLCC guna kertas tu. Dan, bangunan tu mesti kukuh. Cuba sehabis baik nak kerjasama dalam kumpulan. Sebab benda tu yang panel nak tengok. Then second, panel bagitahu kita suruh lukis (benda tu dalam ayat), then kita kena lukis dan ahli kumpulan kena teka. Waktu ni yang penting nampaklah interaksi dan communication antara ahli kumpulan tu. And lastly, panel bagi isu dan kita kena selesaikan. Yang ni, just jadi creative je. Dan jangan pentingkan diri sendiri. Sebab, lepas habis kita discuss psl isu tu, kena present kat panel. Dan sorang mesti ada satu point. So janganlah buat jahat pergi ambik point kawan pulak. Discuss elok2 nak ambil point yang mana ok?

Haa habis sudah pasal SAC. So interview aku yang ke-empat ialah ukcg ipg. Aku mintak ppc perancis dan arab. Kenapa semua bahasa sedangkan aku minat kira-kira? Sebab pada aku, aku rasa cikgu bahasa kurang sikit bebanan berbanding cikgu sc dan maths. Entah. Itu pandangan aku. Sebab kita nak didik anak bangsa, kenalah memang ada passion dengan bidang tu kan? Kang kalau kita pun stress, anak murid lagilah stress 

Ukcg ni ujian kelayakan calon guru. Ada 2 bahagian, ujian psikometrik dan ujian kecergasan fizikal. Pesan aku, jogging la dulu or buat preparation before datang. Sebab kalau tak, ha mulalah sakit2 badan macam aku  Mana taknya, sehari before ukcg baru buat preparation haha. Kalau korang nak tahu macam mana ukcg ni dijalankan, aku rasa kat blog lain pun mmg dah banyak cerita. So aku taknak cerita panjang lah. Cumanya, wktu ujian fizikal tu, make sure buat sehabis baik. Paksa je diri selagi mampu. Tapi janganlah terlalu memaksa. Dan kat rumah tu try la buat ujian yg nanti nak buat; sit-up 5 variasi, push-up (atleast 30), bleep test (yang ni korang jogging je supaya ada stamina), jangkauan melunjur (ha make sure badan lentur hahahaha), anddd bmi! Kasi normal lah 

Itu je kot daripada aku setakat ni. Korang doakan aku eh? Doakan supaya aku dapat buat pilihan yang betul untuk masa depan aku. InshaAllah. Aku yakin apa yang Allah bagi tu mesti yang terbaik untuk aku, juga untuk agama dan bangsa ☺️

Love,
Extraordinary.

No comments

© what comes from the heart, goes to the heart
Maira Gall